Sunday, 30 September 2012

Dugaan di Deal yang Pertama

selamat malam utk semua pembaca yang budiman

alhamdulillah,segala puji di panjatkan kehadrat Allah yang maha pengasih lg maha penyayang..
setinggi rasa syukur di dedikasikan buat pencipta alam kerana dgn rahmatnya,pusat kereta sewa aku telah dapat beroperasi dgn baik..
kisahku...
setelah 2hari membuat promosi di salah satu rangkaian marketing  d internet,aku menerima byk panggilan utk menyewa kereta.
deal pertama aku telah berlaku pada 26 sept lepas..pelanggan tu 1st call, aku dpt rasa dia mcm baik orgnya..setelah setuju dgn polisi dan syarat yg di tentukan,kami telah menetapkan satu tempat utk berjumpa dan seterusnya mengambil kereta iaitu di giant sek 13 shah alam dan masa yg di tetapkan pada pkul 6 ptg..dia hendak menyewa kereta aku selama 3 hari utk pergi bercuti bersama family..setelah sampai sana,kami bertemu di parking giant dan ku lihat mmg dia jenis org baik2..dia cek apa yg patut,orgnya mmg teliti..setelah borang di isi,dokumen di lengkapkan serta bayaran di buat,aku menyerahkan kunci kereta...hati aku tenang sekali tanpa ada rasa bimbang..ntah kenapa rasa begitu..
masa berlalu begitu pantas,dlm tempoh dia menyewa,aku msh menerima panggilan orang yg ingin menyewa..hati rasa gembira kerana merasakan bisness ni mempunyai demand dan potensi yg besar..pada ari ke3 dia menyewa,aku sms dia utk menconfirmkan ttg penghantaran kereta pd pkul 6ptg nnti...dia reply "confirm"...hati merasa lega kerana pd malam tu ada pelanggan akan mengambil kereta untuk di sewakan..
setelah usai solat asar,aku bersiap utk ke giant sek 13 utk mengambil kereta spt yg di janjikan....time tu dlm pkul 5.30pm..
dalam perjalanan ke sana telefon bimbitku berdering,aku melihat nama do skrin, tertulis nama penyewa kereta tersebut..dalam hati ku berkata mesti dia nk bgtau dia dh sampai...setelah menjawab panggilannya,aku merasa pelik dgn suaranya yg agak rimas..
........"akak,kereta accident"..."sy kt balai polis pj ni sdg buat report"........dammmm!!!!!!setelah mendengar penjelasannya,aku berlagak cool,cuba utk mengawal emosi dgn penuh kesabaran dan ketabahan,aku kuatkan hati utk menghadapi situasi ini di deal pertama ku...ku hanya bertanya 'mcm mana dengan kereta' dan menyerahkan telefon kpd suami...

.....ini bukan kehendak ku,jua bukan kehendaknya....tp kehendak dan ketentuan Ilahi....ku yakinkan diri..
 alhamdulillh penyewa tu x mengalami apa2 kesakitan..
moral of the story:

  • sentiasa berlapang dada untuk berjaya dalam bisness
  • belajar utk memaafkan
  • bersangka baik dgn Allah bhwa apa yang berlaku mesti ada hikmah yg tersembunyi
  • betulkan niat
  • tingkatkan kesabaran
  • harapkan pergantungan keselamatan dunia & akhirat sepenuhnya kpd Allah


"jgn mengharap kpd manusia,nescaya anda akan kecewa"

macam mana dgn kisah myvi ku?bagaimana ku menghadapi ujian ini di deal yg pertaman?bagaimana utk repair tanpa sebarang bayaran dan boleh siap dlm masa 3 ari?bagaimana nk solve dgn penyewa tersebut tanpa membuat kedua pihak berdendam?bagaimana dan bagaimana.........teruskan bersama KERETA SEWA_BOBUNIEYGIRLS@SHAH ALAM (http://sewakereta-bobunieygirls.blogspot.com/)di next episod...














Thursday, 27 September 2012

Promosi Pembukaan


KERETA SEWA _BOBUNIEYGIRLS @SHAH ALAM
No  27,jalan jelawat 2, 17/1B seksyen 17 Shah Alam No tel :014-5398709

KERETA UNTUK DI SEWA

KAWASAN: SHAH ALAM
TERBUKA KEPADA PELAJAR DAN ORANG AWAM
JENIS KERETA MYVI 1.3cc DAN VIVA 1000cc
HARGA YANG SANGAT BERPATUTAN
JENIS KERETA
details
DAILY
WEEKLY
MONTHLY


Produa Viva 850
Transmission :
 A
Capacity : 
 5
Airbag : None 


RM 90


RM 550


RM 1800


Perodua Myvi 1.3
Transmission :
 A
Capacity : 
 5
Airbag : None



RM 110


RM700


RM 2000

*PENGHANTARAN SECARA PERCUMA DI KAWASAN BERHAMPIRAN
*TEMPAHAN HENDAKLAH DI BUAT SEKURANG-KURANGNYA SEHARI SEBELUM TARIKH HENDAK DI SEWA
*BERMINAT BOLEH HUBUNGI PUAN MAS
DI TALIAN 014-5398709

Monday, 17 September 2012

Myvi Oh myvi....

salam buat semua pembaca...
insyaallah esok kereta Myvi ku akan sampai dr kampung...kereta tu dh pakai 2thun..skrg alhmdulillh rezeki bertambah,berksmpatan utk membeli kereta baru...hehe

myvi tu jarang guna n kalau xde pun kitaorg xde mslh...yg msalhnya kalau nk jual atau trade in,kami kna tambah duit..mane nk cari duit beribu2...huh..jenuh jgak fkir...ada je yg sanggup nk smbung byr..tp suami ku ckp kenapa kita x fkirkan sesuatu yg blh menjana income dgn  mr Myvi ni...aku pun berfikir sejenak..betol jgak kan..why not we try to make something..fikir punya fikir,terlintas lah utk buat servis kereta sewa..ambil masa 6 bln jga utk kami study business ni..kira puas ati dh la bab teori ni...cuma praktikalnya belum lg..

memandangkan kami tinggal di shah alam, satu lokasi yang amat strategik utk membuat bisness ni..dengan di penuhi ipts/ipta,kami tekadkan azam utk mencuba..cara beroperasi dan sistem marketing yg berkesan insyallh akan membuahkan hasil...aminnnnn....

berbalik kpd kisah myvi,kereta tu xde apa2 mslh lg...kami mmg jaga dgn baik..xpernah rosak lg..keadaan ok la..ia mmg kereta ksyngan kami sbb tu 1st car kami lps kawen...huhu...
namun.............memandangkan komitmen yg makin bertambah dgn dunia yg makin mencabar,kami mesti lakukan sesuatu utk masa depan yg gemilang...mmg ia satu cabaran buat kami utk melibatkan diri dalam dunia perniagaan...tp kita harus mencuba dan sanggup mengambil risiko...Insyallh everything will be ok..think positive...peace:-)
salam sayang dr bobunieygirls

Saturday, 8 September 2012

Ceritaku hari ini.......

Alhamdulillah.alhamdulillah...alhamdulillah..masih di beri kekuatan dan keazaman untuk terus berusaha...
bukan sahaja usaha utk menimba ilmu dlm bisness kereta sewa namun berusaha utk men'create' blog ini..
nampak mudah,senang dan ringkas...tp ianya agak rumit dan memerlukan ketekunan serta kesabaran..
4 ,5 tahun lepas sy dh pernah buat blog,tp di sbbkan dh lama tinggal dan x mengupdate blog tersbut,smua jd lupa dan perlu tuk blaja smula..

Entah kenapa,sejak sy melahirkan bayi pertama ini,keinginan sy untuk menulis serta mencuba perniagaan jd bertambah semangat..kadang2 terfikir mungkin ini rezeki si kecil ku..walaupun masih blum memulakan perniagaan namun kita kena berfikiran positif.orang cakap husnuzzon dgn Allah..rasa tidak sabar plak nk berbisness ni..


"Ya Allah, Kau permudahkanlah jalan untuk ku...kurniakan aku kesabaran dan kesungguhan..jauhkan aku dari rasa kecewa..kerna ku tahu orang yang kecewa dan cepat berputus asa adalah orang yang mengharap pergantungan kepada manusia..."
InsyaAllah jika di beri kesempatan dan keizinan oleh-Nya,saya akan memulakan perniagaan sewa kereta dalam tempoh 2 minggu lg..

~harapanku agar impianku menjadi kenyataan dan membuahkan hasil...~

salam dr bobunieygirls

Friday, 7 September 2012

Bagaimana nak mulakan bisness kereta sewa?


Salam tuk semua pembaca..

Terima kasih kerana sudi singgah sebentar di ruangan yg tak seberapa ini..
bagaimana untuk memulakan perniagaan kereta sewa??
satu soalan yang sy sendiri tidak tahu jawapannya..namun berbekalkan keazaman dan kesungguhan yang jitu utk berbisness,sy kuatkan semangat mencari dan menimba ilmu dalam dunia perniagaan ini.
sepanjang penelitian sy dalam mencari penyelesaian kepada soalan diatas,sy telah menemui beberapa langkah yang mungkin boleh menjadi inspirasi dan panduan buat pembaca di luar sana yang mempunyai impian yang sama macam sy..



Antara langkahnya ialah
  1. cari ilmu sebanyaknya tentang dunia perniagaan terutamanya dalam bidang yang kita ceburi. terokai ilmu tersebut sedalamnya.anda blh mendapatkan ilmu-ilmu tersebut dalam pelbagai cara.antaranya buku2,search kt internet,tanya kawan2 yang berkecimpung ddlm dunia bsness dan sbgnya..
  2. kenal pasti risiko-risiko,masalah2 yang bakal kita hadapi dlm melaksanakan perniagaan kereta sewa ini. slpas kita kenal pasti,kita akn berfikir utk mengetahui bagaimana  cara utk mengatasinya.antara masalah2 dan cara penyelesaiannya akan sy postkan di lain episod..:)jika nk huraikan kt sini,ambil masa yang panjang..sbb sy just limit 15 mnt utk menulis pd hari ini..hehe (anak meragam)
  3. seterusnya,pilih lokasi yang strategik..kawasan yang ramai student sudah pastinya akan menghangatkan peluang anda..ini kerana bsanya golongan student yang suka jalan2,lgpun mereka jarang yang ada kenderaan sendiri..kawasan yang kurang student,maka kurang jugaklah peluang anda..anda blh fikir sendiri kenapa sebabnya.
  4. setelah anda ada ilmu yang secukupnya,kenal pasti risiko yang bakal di hadapi serta cara penyelasaiannya dan telah pilih location yang strategik, ada 1 lg langkah asas yang agak penting iaitu bagaimana kita nk uruskan perniagaan tersebut..pengurusan yang bijak dan bersistematik salah satu cara utk memastikan kelangsungan dan berjaya@tak sesautu perniagaan..bagaimana utk mengurus dgn betul????tunggu di lain lembaran...

cukuplah di sini dulu buat kali ini..yang sy senaraikan di atas adalah basic dlm memulakan perniagaan..insyaalh akan sy perincikan dr masa ke semasa.. ini sbg permulaan dlm menulis blog tentang kereta sewa..
jumpa lg di lain episod...salam