alhamdulillah,segala puji di panjatkan kehadrat Allah yang maha pengasih lg maha penyayang..
setinggi rasa syukur di dedikasikan buat pencipta alam kerana dgn rahmatnya,pusat kereta sewa aku telah dapat beroperasi dgn baik..
kisahku...
setelah 2hari membuat promosi di salah satu rangkaian marketing d internet,aku menerima byk panggilan utk menyewa kereta.
deal pertama aku telah berlaku pada 26 sept lepas..pelanggan tu 1st call, aku dpt rasa dia mcm baik orgnya..setelah setuju dgn polisi dan syarat yg di tentukan,kami telah menetapkan satu tempat utk berjumpa dan seterusnya mengambil kereta iaitu di giant sek 13 shah alam dan masa yg di tetapkan pada pkul 6 ptg..dia hendak menyewa kereta aku selama 3 hari utk pergi bercuti bersama family..setelah sampai sana,kami bertemu di parking giant dan ku lihat mmg dia jenis org baik2..dia cek apa yg patut,orgnya mmg teliti..setelah borang di isi,dokumen di lengkapkan serta bayaran di buat,aku menyerahkan kunci kereta...hati aku tenang sekali tanpa ada rasa bimbang..ntah kenapa rasa begitu..
masa berlalu begitu pantas,dlm tempoh dia menyewa,aku msh menerima panggilan orang yg ingin menyewa..hati rasa gembira kerana merasakan bisness ni mempunyai demand dan potensi yg besar..pada ari ke3 dia menyewa,aku sms dia utk menconfirmkan ttg penghantaran kereta pd pkul 6ptg nnti...dia reply "confirm"...hati merasa lega kerana pd malam tu ada pelanggan akan mengambil kereta untuk di sewakan..
setelah usai solat asar,aku bersiap utk ke giant sek 13 utk mengambil kereta spt yg di janjikan....time tu dlm pkul 5.30pm..
dalam perjalanan ke sana telefon bimbitku berdering,aku melihat nama do skrin, tertulis nama penyewa kereta tersebut..dalam hati ku berkata mesti dia nk bgtau dia dh sampai...setelah menjawab panggilannya,aku merasa pelik dgn suaranya yg agak rimas..
........"akak,kereta accident"..."sy kt balai polis pj ni sdg buat report"........dammmm!!!!!!setelah mendengar penjelasannya,aku berlagak cool,cuba utk mengawal emosi dgn penuh kesabaran dan ketabahan,aku kuatkan hati utk menghadapi situasi ini di deal pertama ku...ku hanya bertanya 'mcm mana dengan kereta' dan menyerahkan telefon kpd suami...
.....ini bukan kehendak ku,jua bukan kehendaknya....tp kehendak dan ketentuan Ilahi....ku yakinkan diri..
alhamdulillh penyewa tu x mengalami apa2 kesakitan..
- sentiasa berlapang dada untuk berjaya dalam bisness
- belajar utk memaafkan
- bersangka baik dgn Allah bhwa apa yang berlaku mesti ada hikmah yg tersembunyi
- betulkan niat
- tingkatkan kesabaran
- harapkan pergantungan keselamatan dunia & akhirat sepenuhnya kpd Allah
"jgn mengharap kpd manusia,nescaya anda akan kecewa"
macam mana dgn kisah myvi ku?bagaimana ku menghadapi ujian ini di deal yg pertaman?bagaimana utk repair tanpa sebarang bayaran dan boleh siap dlm masa 3 ari?bagaimana nk solve dgn penyewa tersebut tanpa membuat kedua pihak berdendam?bagaimana dan bagaimana.........teruskan bersama KERETA SEWA_BOBUNIEYGIRLS@SHAH ALAM (http://sewakereta-bobunieygirls.blogspot.com/)di next episod...
No comments:
Post a Comment