Friday, 7 September 2012

Bagaimana nak mulakan bisness kereta sewa?


Salam tuk semua pembaca..

Terima kasih kerana sudi singgah sebentar di ruangan yg tak seberapa ini..
bagaimana untuk memulakan perniagaan kereta sewa??
satu soalan yang sy sendiri tidak tahu jawapannya..namun berbekalkan keazaman dan kesungguhan yang jitu utk berbisness,sy kuatkan semangat mencari dan menimba ilmu dalam dunia perniagaan ini.
sepanjang penelitian sy dalam mencari penyelesaian kepada soalan diatas,sy telah menemui beberapa langkah yang mungkin boleh menjadi inspirasi dan panduan buat pembaca di luar sana yang mempunyai impian yang sama macam sy..



Antara langkahnya ialah
  1. cari ilmu sebanyaknya tentang dunia perniagaan terutamanya dalam bidang yang kita ceburi. terokai ilmu tersebut sedalamnya.anda blh mendapatkan ilmu-ilmu tersebut dalam pelbagai cara.antaranya buku2,search kt internet,tanya kawan2 yang berkecimpung ddlm dunia bsness dan sbgnya..
  2. kenal pasti risiko-risiko,masalah2 yang bakal kita hadapi dlm melaksanakan perniagaan kereta sewa ini. slpas kita kenal pasti,kita akn berfikir utk mengetahui bagaimana  cara utk mengatasinya.antara masalah2 dan cara penyelesaiannya akan sy postkan di lain episod..:)jika nk huraikan kt sini,ambil masa yang panjang..sbb sy just limit 15 mnt utk menulis pd hari ini..hehe (anak meragam)
  3. seterusnya,pilih lokasi yang strategik..kawasan yang ramai student sudah pastinya akan menghangatkan peluang anda..ini kerana bsanya golongan student yang suka jalan2,lgpun mereka jarang yang ada kenderaan sendiri..kawasan yang kurang student,maka kurang jugaklah peluang anda..anda blh fikir sendiri kenapa sebabnya.
  4. setelah anda ada ilmu yang secukupnya,kenal pasti risiko yang bakal di hadapi serta cara penyelasaiannya dan telah pilih location yang strategik, ada 1 lg langkah asas yang agak penting iaitu bagaimana kita nk uruskan perniagaan tersebut..pengurusan yang bijak dan bersistematik salah satu cara utk memastikan kelangsungan dan berjaya@tak sesautu perniagaan..bagaimana utk mengurus dgn betul????tunggu di lain lembaran...

cukuplah di sini dulu buat kali ini..yang sy senaraikan di atas adalah basic dlm memulakan perniagaan..insyaalh akan sy perincikan dr masa ke semasa.. ini sbg permulaan dlm menulis blog tentang kereta sewa..
jumpa lg di lain episod...salam

1 comment:

  1. Jika anda mempunyai masalah kewangan, maka sudah tiba masanya untuk anda tersenyum. Anda hanya perlu menghubungi Encik Benjamin dengan jumlah yang anda ingin pinjam dan tempoh pembayaran yang sesuai dengan anda dan anda akan mempunyai pinjaman anda dalam tempoh tiga hari bekerja. Saya hanya mendapat manfaat untuk keenam kali pinjaman sebanyak 700 ribu dolar untuk tempoh 180 bulan dengan kemungkinan membayar sebelum tarikh tamat tempoh. Encik Benjamin telah membantu saya dengan pinjaman.Membuat hubungan dengannya dan anda akan melihat bahawa dia adalah seorang yang sangat jujur dengan hati yang baik. E-melnya adalah lfdsloans@lemeridianfds.com dan nombor telefon WhatAppnya ialah + 1-989-394- 3740

    ReplyDelete